Monday, 29 December 2014

Membuat template body gitar elektrik


Sekiranya korang mempunyai hobi membuat gitar elektrik sendiri atau seorang pembina gitar elektrik yang profesional, korang digalakkan membuat template body gitar elektrik kegemaran korang. Template ini akan memudahkan korang memotong kayu bagi membentuk body gitar elektrik. Menariknya ialah, korang boleh menggunakan tempalate tersebut berulang-ulang kali. Selain itu, korang tidak perlu membuat pengukuran yang banyak dan cerewet sebelum memotong kayu.

Dalam posting ini, aku telah memilih untuk membuat template body bagi gitar Fender Stratocaster. Bentuk gitar Strat memang sangat terkenal dan banyak pembuat-pembuat gitar komersil membina gitar elektrik berasaskan bentuk Strat terutamanya pembuat gitar dari China. Aku tidak pasti adakah peniruan rekabentuk ini dibenarkan dari sudut hakcipta atau pattern. Ok…. kita lupakan hal ini. Di bawah ini adalah technical drawing gitar Strat yang aku jumpa dalam Internet.



Gambar yang aku dapat ini adalah dalam bentuk JPEG. Masalah dengan gambar ini ialah, bila aku print gambar ini, gambar gitar tersebut dicetak di atas kertas bersaiz A4 di mana ia bukan saiz sebenar.


Cetakan atas kertas A4

Kalau korang mahukan gambar gitar yang dicetak dengan saiz sebenar, korang boleh membeli technical drawing 1:1 scale melalui Ebay. Namun, aku telah memilih untuk gunakan format JPEG yang sedia ada. Apa yang boleh aku buat untuk dapat saiz sebenar ialah resize gambar dalam format JPEG sehingga mendapat saiz yang sebenar. Sekiranya korang mempunyai printer yang boleh print kertas bersaiz A2, korang boleh terus mencetak gambar Strat yang telah di resize. Printer aku hanya boleh mencetak di atas kertas bersaiz A4. Jadi, aku telah print beberapa bahagian body gitar tersebut di atas kertas A4. Kemudian, aku cantumkan bahagian-bahagian gitar tersebut menggunakan cellophane tape. Tanda cross yang banyak-banyak tu digunakan sebagai guide masa nak cantumkan kepingan-kepingan kertas A4. Seterusnya, guntingkan drawing tu ikut outline….Dan ini lah dia hasilnya… 


Template gitar (actual size)

Lepas dah gunting ikut outline, lekatkan template gitar atas kepingan plastic. Aku tak pasti apa nama bahan plastic ni. Mungkin perspek atau acrylic atau…entahlah….Biasa plastic ni orang guna buat signage atau kotak plastic.
 

 Template kertas yang dilekatkan pada kepingan plastik

 Kemudian trace outline template kertas tu dengan teliti. Lepas dah trace, bolehlah template kertas tu ditanggalkan. Tapi, jangan buang template kertas tu. Sebab nanti kita nak buat template untuk pickup cavity pulak.

Outline bentuk gitar Stratocaster pada kepingan plastik

Langkah seterusnya pulak ialah menggergaji kepingan plastic tu mengikut garis outline yang telah dibuat. Masa menggergaji, korang kena gergaji luar sedikit dari outline. Nanti kita boleh trim dengan menggunakan kertas pasir atau kikir. Untuk proses ni, kena ambik masa sikit. Buat hati-hati. Biar lambat, asal puas hati….


Template yang dah siap (permukaan atas)

Gambar yang ditunjukkan di atas adalah bahagian permukaan atas template. Lapisan warna perang tu adalah kertas sticker. Kertas sticker tu dah boleh dibuang lepas selesai kerja-kerja trimming. Buat masa ni, aku biarkan aje kertas sticker tu.

Permukaan bawah template (... berkilat kan ?!! hehehehe....)


Planning aku lepas ni adalah untuk membuat template bagi pickup cavity dan neck (dengan style Stratocaster headstock). Kalau dah siap, aku akan share dalam posting yang akan datang.