Sekiranya korang
mempunyai hobi membuat gitar elektrik sendiri atau seorang pembina gitar
elektrik yang profesional, korang digalakkan membuat template body gitar
elektrik kegemaran korang. Template ini akan memudahkan korang memotong kayu
bagi membentuk body gitar elektrik. Menariknya ialah, korang boleh menggunakan
tempalate tersebut berulang-ulang kali. Selain itu, korang tidak perlu membuat
pengukuran yang banyak dan cerewet sebelum memotong kayu.
Dalam posting ini,
aku telah memilih untuk membuat template body bagi gitar Fender Stratocaster.
Bentuk gitar Strat memang sangat terkenal dan banyak pembuat-pembuat gitar
komersil membina gitar elektrik berasaskan bentuk Strat terutamanya pembuat
gitar dari China.
Aku tidak pasti adakah peniruan rekabentuk ini dibenarkan dari sudut hakcipta
atau pattern. Ok…. kita lupakan hal ini. Di bawah ini adalah technical drawing
gitar Strat yang aku jumpa dalam Internet.
Gambar yang aku
dapat ini adalah dalam bentuk JPEG. Masalah dengan gambar ini ialah, bila aku
print gambar ini, gambar gitar tersebut dicetak di atas kertas bersaiz A4 di
mana ia bukan saiz sebenar.
Cetakan atas kertas A4
Kalau korang
mahukan gambar gitar yang dicetak dengan saiz sebenar, korang boleh membeli
technical drawing 1:1 scale melalui Ebay. Namun, aku telah memilih untuk
gunakan format JPEG yang sedia ada. Apa yang boleh aku buat untuk dapat saiz sebenar
ialah resize gambar dalam format JPEG sehingga mendapat saiz yang sebenar.
Sekiranya korang mempunyai printer yang boleh print kertas bersaiz A2, korang
boleh terus mencetak gambar Strat yang telah di resize. Printer aku hanya boleh
mencetak di atas kertas bersaiz A4. Jadi, aku telah print beberapa bahagian
body gitar tersebut di atas kertas A4. Kemudian, aku cantumkan bahagian-bahagian
gitar tersebut menggunakan cellophane tape. Tanda cross yang banyak-banyak tu digunakan sebagai guide masa nak cantumkan kepingan-kepingan kertas A4. Seterusnya, guntingkan drawing tu
ikut outline….Dan ini lah dia hasilnya…
Template gitar (actual size)
Lepas dah gunting
ikut outline, lekatkan template gitar atas kepingan plastic. Aku tak pasti apa
nama bahan plastic ni. Mungkin perspek atau acrylic atau…entahlah….Biasa
plastic ni orang guna buat signage atau kotak plastic.
Template kertas yang dilekatkan pada kepingan plastik
Kemudian trace
outline template kertas tu dengan teliti. Lepas dah trace, bolehlah template
kertas tu ditanggalkan. Tapi, jangan buang template kertas tu. Sebab nanti kita
nak buat template untuk pickup cavity pulak.
Outline bentuk gitar Stratocaster pada kepingan plastik
Langkah
seterusnya pulak ialah menggergaji kepingan plastic tu mengikut garis outline
yang telah dibuat. Masa menggergaji, korang kena gergaji luar sedikit dari
outline. Nanti kita boleh trim dengan menggunakan kertas pasir atau kikir.
Untuk proses ni, kena ambik masa sikit. Buat hati-hati. Biar lambat, asal puas
hati….
Template yang dah siap (permukaan atas)
Gambar yang ditunjukkan di atas adalah bahagian permukaan atas template. Lapisan warna perang tu adalah kertas sticker. Kertas sticker tu dah boleh dibuang lepas selesai kerja-kerja trimming. Buat masa ni, aku biarkan aje kertas sticker tu.
Permukaan bawah template (... berkilat kan ?!! hehehehe....)
Planning aku lepas ni adalah untuk membuat template bagi pickup cavity dan neck (dengan style Stratocaster headstock). Kalau dah siap, aku akan share dalam posting yang akan datang.